pprdasar
 

Perumahan Swasta

NEGERI :
  JENIS :
DAERAH :
  PROJEK :  
HARGA : HINGGA TAHUN PROJEK :

Perumahan PPR

NEGERI :
             
JENIS :
             
                     

Pemaju Swasta

NAMA :
NEGERI :
             
ROC :              
*Sila pilih kriteria carian
 
 
Kata Nama :  
Kata Laluan :  
     
 
Lupa Kata Laluan?
|Pendaftaran||Syarat-Syarat|
 Informasi > Apa itu...? > Program Perumahan Rakyat Dasar Baru
 PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR) DASAR BARU  
 
 
Pada Februari 2002, Jemaah Menteri telah bersetuju dengan cadangan perubahan dasar dan strategi pelaksanaan program perumahan kos rendah di mana Projek Awam Kos Rendah (PAKR) yang dahulunya merupakan projek-projek negeri yang dibiayai melalui pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan tetapi dilaksanakan oleh JPN, telah menjadi projek-projek Persekutuan dengan nama Program Perumahan Rakyat (PPR) Dimiliki. Jemaah Menteri juga bersetuju supaya PPR Bersepadu diteruskan pelaksanaannya dengan nama PPR Disewa.
 
 
 
 
 
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah diberi tanggungjawab melaksanakan PPR Dimiliki melainkan 25 projek PPR Dimiliki di Negeri Pahang yang sedang dilaksanakan oleh JPN. Projek PPR Disewa akan terus dilaksanakan oleh JPN. Bilangan unit disasarkan untuk dibina di bawah PPR Dimiliki ialah 40,000 unit dan PPR Disewa 50,000 unit. Program pembinaan rumah di bawah PPR Disewa adalah bertujuan untuk disewakan kepada setinggan dan akan diperluaskan kepada golongan berpendapatan rendah yang lain apabila matlamat setinggan sifar tercapai.
 
 
 
 
 
Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa wajib menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Satu dan Dua Tingkat (CIS 1) dan Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2). Kejayaan program ini akan menjamin bahawa golongan berpendapatan rendah mendapat perhatian Kerajaan dan bantuan sewajarnya melalui program perumahan rakyat yang mencukupi,selesa, termampu dan selamat ke arah menikmati kualiti hidup yang lebih tinggi.
 
 
 
 
 Projek PPR (Disewa)  
 Projek PPR (Dimiliki) 




Kemaskini Terakhir : 21/08/08
Cetak halaman ini   Email

Jumlah capaian kepada laman ini : 00051350
Click to decrease font size Click to reset font size Click to increase font size
 
 
 
< May 2012 >
A I S R K J S
    1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31  
 
 
beritaHARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
 
beritaSOAL SELIDIK DASAR PENGURUSAN KUARTERS SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)
 
beritaPENCALONAN BAGI MENGIKUTI PROGRAM PERTUKARAN BELIA MALAYSIA-KOREA DI REPUBLIK KOREA TAHUN 2012
 
 
   
   
   
Sila pilih jawapan anda:  
   
   
KEPUTUSAN
Klik untuk melayari laman web MSC Klik untuk melayari laman web Real Estate And Housing Developers' Association (REDHA) Klik untuk melayari laman web House Buyers Association (HBA)
Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 6 Ke Atas Dan Mozilla Firefox 2.0 ke atas Dengan Resolusi Melebihi 800 x 600 pixels Di Platform Window
:: Dasar Privasi & Keselamatan :: Peta Laman :: Brosur eHome
Hakcipta Terpelihara 2007 © Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.
PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.