| PROGRAM PERUMAHAN AWAM KOS RENDAH (PAKR) |
| |
| | Tujuan | Rasional | Pendekatan | Ciri-ciri PAKR | |
| |
| Tujuan | |
| | Program Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) bertujuan untuk menyediakan kemudahan perumahan yang sempurna kepada golongan berpendapatan rendah di luar bandar dan pinggir bandar di samping kemudahan-kemudahan asas dan sosial. | |
|
| | 
| |
| |
| Rasional | |
| | Perumahan kos rendah yang dilaksanakan oleh sektor awam dan swasta bertujuan untuk menyediakan kemudahan kediaman kepada golongan berpendapatan rendah supaya matlamat Kerajaan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat dan membasmi kemiskinan dicapai. | |
| |
| Pendekatan | |
| |  | Projek-projek PAKR adalah dibiayai melalui pinjaman dari Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri. Peruntukan ini disediakan mengikut keperluan negeri yang berdasarkan pada jumlah unit yang perlu dibina. Kerajaan Negeri memainkan peranan penting dalam mengenalpasti dan memperuntukkan tapak perumahan yang sesuai dan menawarkan tender. Berdasarkan kepada permintaan dan golongan sasaran yang ditetapkan, Kerajaan Negeri menyediakan senarai pembeli yang berkelayakan untuk membeli rumah kos rendah dan mendapatkan pembiayaan dari Kerajaan Pusat. | |
| |
| |
| |
| |
|
| |  | Berasaskan kepada jumlah projek yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri, JPN akan mendapatkan keperluan kewangan di bawah setiap rancangan pembangunan lima tahun dari Agensi-agensi Pusat dan menyediakan bantuan dan khidmat nasihat teknikal kepada Kerajaan Negeri dalam pelaksanaan dan pemantauan projek-projek berkenaan. | |
| |
| |
| |
| Ciri-ciri PAKR | |
| | Sasaran | - | Isi rumah yang berpendapatan bulanan RM 1,500 ke bawah | |
| | Jenis rumah | - | Rumah pangsa 5 tingkat di bandar atau rumah teres sesebuah di luar bandar dan pinggir bandar | |
| |
| | Saiz rumah | - | Keluasan lantai tidak kurang 60 meter persegi (650 kps) yang meliputi 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, dapur dan bilik air/tandas berasingan | |
| |
| | Harga Jualan | - | Sebelum 27 Febuari 2002, harga unit PAKR adalah RM 25, 000 seunit. Bagaimanapun, mulai 27 Febuari 2002 harganya adalah di antara RM 25, 000 hingga RM 35, 000 di Semenanjung Malaysia bergantung kepada lokasi dan harga tanah seunit seperti di Jadual 2. | |
| |
| | |
| | |
| | Bagi negeri Sabah dan Sarawak, harga ini boleh dinaikkan tidak melebihi 20%. Bagi PAKR Sambungan harga jualan ini hendaklah juga berpandukan kepada kadar baru pinjaman PAKR yang telah ditetapkan | |