matlamatsetinggan
 

Perumahan Swasta

NEGERI :
  JENIS :
DAERAH :
  PROJEK :  
HARGA : HINGGA TAHUN PROJEK :

Perumahan PPR

NEGERI :
             
JENIS :
             
                     

Pemaju Swasta

NAMA :
NEGERI :
             
ROC :              
*Sila pilih kriteria carian
 
 
Kata Nama :  
Kata Laluan :  
     
 
Lupa Kata Laluan?
|Pendaftaran||Syarat-Syarat|
 Informasi > Apa itu...? > Program Pembangunan Setinggan
 Latar Belakang  
 
 
Menurut Banci 2000 penduduk Malaysia telah dianggarkan berjumlah 23.27 juta berbanding dengan Banci 1991 iaitu 18.38 juta. Jumlah ini merupakan penambahan sebanyak 4.9 juta orang atau memberikan kadar pertumbuhan tahunan purata sebanyak 2.6 dalam tempoh antara banci 1991 - 2000.
 
 
 
Penduduk kawasan Bandar telah meningkat dari 50.7% (1991) ke 62 % (2000). Proses urbanisasi tertumpu kepada pembangunan industri, pelaburan, infrastruktur, perkhidmatan sosial dan ekonomi. Perindustrian dan perbandaran mewujudkan peluang ekonomi yang lebih dipusat-pusat bandar. Peningkatan penduduk bandar, tidak sejajar dengan pembekalan perumahan maka wujud kawasan penempatan setinggan.
 
 
 
Setinggan didefinasikan sebagai aktiviti penerokaan/ pendudukan/ pembinaan bangunan di atas tanah hak kepunyaan pihak lain (sama ada tanah kerajaan, tanah rezab kerajaan, tanah agensi kerajaan, tanah komuniti, tanah persendirian dll) secara tidak sah dari segi undang-undang.
 
 
 Statistik Setinggan Seluruh Negara Sehingga Disember 2009  
   
  Bilangan Penduduk Setinggan Mengikut Negeri Sehingga Disember 2009.
  Status Pemilikan Tanah Sehingga Disember 2009.
 
 
 Isu & Masalah  
 
 
Pelbagai isu-isu dan masalah berkaitan seperti kesesakan penghuni, masalah sosial, kemiskinan, keburukan astetik alam sekitar dengan bangunan berselerak serta kekurangan kemudahan insfrastruktur dan sebagainya telah wujud di kawasan setinggan dan kawasan sekitarnya.
 
 
 Cadangan & Penyelesaian 
 
 
Sehubungan itu, pelbagai usaha telah dan sedang diambil untuk menangani masalah setinggan di negara ini termasuklah mewujudkan pelan tindakan dasar, strategi dan garis panduan berkaitan dengan pengawalan dan penempatan semula setinggan. Langkah-langkah lain yang telah dilaksanakan termasuklah bancian dan mendaftar penduduk setinggan untuk tujuan perancangan, kawalan serta pelaksanaan Sistem Pendaftaran Terbuka (SPT) Berkomputer bagi memilih pembeli rumah kos rendah dan majikan-majikan digalakkan menyediakan kediaman sementara atau untuk disewa kepada pekerja mereka. Pihak Kementerian sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam membantu menyelesaikan permasalahan setinggan bagi mencapai matlamat setinggan sifar di seluruh negara .
 
 




Kemaskini Terakhir : 05/01/10
Cetak halaman ini   Email

Jumlah capaian kepada laman ini : 00006991
Click to decrease font size Click to reset font size Click to increase font size
 
 
 
< August 2010 >
A I S R K J S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31  
 
 
beritaSambutan Hari Inovasi KPKT 2010
 
beritaPertandingan Pengucapan Awam
 
beritaSebutharga e-Bidding
 
 
   
   
Adakah eHome memudahkan pencarian maklumat perumahan kepada pembeli?
   
Sila pilih jawapan anda:  
   
   
KEPUTUSAN
Klik untuk melayari laman web MSC Klik untuk melayari laman web Real Estate And Housing Developers' Association (REDHA) Klik untuk melayari laman web House Buyers Association (HBA)
Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 6 Ke Atas Dan Mozilla Firefox 2.0 ke atas Dengan Resolusi Melebihi 800 x 600 pixels Di Platform Window
:: Dasar Privasi & Keselamatan :: Peta Laman :: Brosur eHome
Hakcipta Terpelihara 2007 © Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.
PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.