| | Objektif | Bidang Kuasa | Prosedur Penfailan | Prosedur Pendengaran | Hubungi Kami | |
| |
| | Objektif | |
| |  | TTPR menyediakan alternatif untuk mendengar dan mengadili tuntutan pembeli yang menuntut gantirugi/ pampasan daripada pemaju perumahan dengan cara yang lebih mudah, murah dan cepat. | |
| |
| |
| | Bidang Kuasa | |
| | TTPR boleh mendengar apa-apa tuntutan dari pembeli rumah dengan syarat; | |
| | | Tuntutan difailkan di TTPR tidak lewat 12 bulan dari tarikh; | |
| | | | i | Pengeluaran Perakuan Siap Dan Pematuhan (CCC); atau | |
| | | | ii | Tamat tempoh liabiliti kecacatan (Defect Liability Period) seperti yang dinyatakan dalam Surat Perjanjian Jual Beli (S&P). | |
| |
| | | Perjanjian Jual Beli yang melibatkan rumah kediaman (housing accomodation) atau sebahagian kegunaan untuk kediaman dan sebahagian untuk perniagaan. | |
| |
| | | Setiap tuntutan hendaklah tidak melebihi RM50,000 bagi setiap kausa tindakan kecuali; | |
| |
| | | | i | Pihak menuntut bersetuju untuk tidak meneruskan jumlah baki tuntutannya; atau | |
| |
| | | | ii | Dengan persetujuan pihak pemaju secara bertulis untuk pendengaran di TTPR. | |
| |
| |
| | Prosedur Penfailan | |
| |  | Pihak penuntut mendaftarkan kes dengan mengisi Borang 1 dalam 4 salinan serta melampirkan asas-asas tuntutan dengan bayaran fi RM10. | |
| |  | Selepas pendaftaran, Pihak Yang Menuntut perlu menyerahkan sendiri satu salinan Borang 1 kepada Pemaju dan dapatkan bukti penyerahan. | |
| |  | Pemaju boleh memfailkan pembelaan dalam Borang 2 (4 Salinan) beserta bayaran fi sebanyak RM10 dalam tempoh 14 hari selepas Borang 1 diserahkan kepadanya. | |
| |  | Pihak Yang Menuntut boleh memfailkan pembelaan kepada tuntutan balas jika perlu dalam Borang 3 dengan membayar fi sebanyak RM10. | |
| |
| |
| | Prosedur Pendengaran | |
| |  | Tribunal akan mengeluarkan Notis pendengaran (Borang 4) yang menyatakan tarikh, masa dan tempat pendengaran tuntutan kepada kedua pihak sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh pendengaran melalui pos berdaftar. | |
| |
| |  | Semasa pendengaran mana-mana pihak tidak boleh diwakili oleh peguam tetapi kedua-dua pihak berkenaan berhak mengemukakan keterangan dan memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa jua dokumen, rekod atau benda bagi menyokong tuntutan masing-masing. | |
| |
| |  | Semasa pendengaran, Tribunal hendaklah jika wajar, membantu pihak-pihak untuk membuat suatu penyelesaian tuntutan itu melalui persetujuan. | |
| |
| |  | Selepas proses pendengaran, Tribunal akan mengeluarkan award dan award ini hendaklah dipatuhi dalam tempoh yang ditetapkan oleh Presiden Tribunal. | |
| |
| |  | Kegagalan mematuhi award adalah menjadi satu kesalahan jenayah, jika disabitkan kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak kurang RM5,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali serta jika kesalahan berterusan, pesalah dikenakan RM1,000 sebagai tambahan kepada penalti bagi setiap hari kelewatan sehingga award tersebut dipatuhi. | |
| |
| |
| | Hubungi Kami | |
| | Setiausaha, Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Aras 2, Blok B Selatan, Pusat Bandar Damansara, 50782 Kuala Lumpur. MALAYSIA.
No. Telefon : 03-2092 4488 (Hotline) 03-2099 8405 03-2099 8402
No. Fax : 03-20934776 E-mail : tribunal@kpkt.gov.my Sila hantarkan SMS untuk sebarang aduan atau pertanyaan berkaitan TTPR ke 36828 | |