| Latar Belakang | Tujuan | Rasional | Pendekatan | Sumber Pinjaman | Syarat-syarat Pinjaman | Hubungi Kami| Garis Panduan Permohonan SPP | Borang Permohonan SPP
|
| |
| Latar Belakang |
 | Program ini dilaksanakan melalui akaun amanah yang dikenali sebagai Kumpulanwang Amanah Pinjaman Perumahan kepada golongan yang berpendapatan rendah. | |
| |
 | Kumpulanwang ini telah diluluskan pada 17 Disember 1975 di bawah Akta Acara Kewangan 1957 (pindaan 1972) dan mula berkuatkuasa pada tahun 1976. | |
| |
 | Akaun ini merupakan Kumpulanwang Pusingan berjumlah RM70juta untuk memberi pinjaman kepada golongan berpendapatan rendah bagi membina rumah sendiri atau membeli rumah kos rendah yang telah siap. | |
| |
| |
| Tujuan |
 | Skim Pinjaman Perumahan bertujuan untuk memberi pinjaman perumahan kepada golongan berpendapatan rendah yang tidak mendapat punca pinjaman lain untuk membina atau membeli rumah kos rendah yang siap dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan mereka. | |
| |
| |
| Rasional |
 | Skim ini adalah salah satu usaha Kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah membiayai kos pembinaan rumah supaya golongan ini sekurang-kurangnya mempunyai tempat kediaman yang asas. | |
| |
 | Melalui kemudahan ini pihak Kerajaan dapat memberi bantuan untuk persediaan tempat kediaman yang bersesuaian dan memuaskan dalam usaha untuk meninggikan taraf kehidupan golongan ini. | |
| |
| |
| Pendekatan |
 | Skim pinjaman ini dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan secara terus dengan peminjam dan dibiayai daripada tabung pusingan Kumpulan Wang Amanah Pinjaman Perumahan Kepada Golongan Pendapatan Rendah. | |
| |
 | Kadar pinjaman maksimum ialah sebanyak RM20,000.00 dengan RM10,000.00 pertama dikecualikan daripada bayaran perkhidmatan manakala baki sebanyak RM10,000.00 kedua dikenakan bayaran perkhidmatan sebanyak 4%. | |
| |
 | Golongan sasaran skim ini adalah isirumah yang berpendapatan di antara RM500.00 hingga RM1,200.00 sebulan yang tidak mendapat punca pinjaman lain untuk membina rumah sendiri atau membeli rumah kos rendah yang telah siap. | |
| |
| |
| Sumber Pinjaman |
 | Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan Kepada Golongan Berpendapatan Rendah di bawah (SPP). | |
| |
| |
| Syarat-syarat Pinjaman |
| | Pinjaman Skim ini tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:- | |
| | Warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 48 tahun. | |
|
| | RM 20,000.00 | |
| | Antara 5 hingga 20 tahun | |
| | Pinjaman RM 10,000.00 pertama dikecualikan daripada bayaran perkhidmatan manakala baki sebanyak RM 10,000.00 kedua dikenakan bayaran perkhidmatan sebanyak 4%. | |
|
|
| | Di antara RM500.00 hingga RM1,200 sebulan | |
| |
| | Untuk membina rumah baru yang kosnya tidak melebihi RM 25,000.00 atau membeli rumah kos rendah yang siap mengikut harga rumah kos rendah berdasarkan kawasan/lokasi. | |
|
|
| | Untuk pembinaan rumah baru, peminjam mesti mempunyai tanah untuk tapak rumah yang akan digunakan sebagai cagaran. | |
|
| | Untuk pembelian rumah kos rendah yang telah siap, tanah dan rumah yang dibeli hendaklah digunakan sebagai cagaran. | |
|
| | Pemohon belum mempunyai rumah sendiri. | |
| | Pemohon bukan kakitangan kerajaan, badan berkanun dan Institusi Kewangan. | |
|
| |
| Kemudahan Pinjaman Perumahan Golongan Berpendapatan Rendah Ditawarkan Agensi Lain | |
| | Berikut adalah capaian kepada agensi-agensi lain yang menawarkan pinjaman perumahan kepada golongan berpendapatan rendah: | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
|
| |
| Hubungi Kami | |
| | Bahagian Skim Pinjaman Perumahan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Aras 5, Blok F Utara Pusat Bandar Damansara 50782 Kuala Lumpur.
Tel : 03-2087 4500 Fax : 03-2093 4791
Pegawai yang bertanggungjawab : BAHAGIAN PROSES DAN GADAIAN Pn. Salmah Bte Othman Jawatan : Penolong Pegawai Tadbir
No. Tel : 03 - 2087 4727 e-mail : salmah@kpkt.gov.my BAHAGIAN PROMOSI Norellyza Bte Zulkaflee Jawatan : Penolong Pegawai Tadbir No. Tel : 03 - 2087 4728 email : norellyza@kpkt.gov.my
| |
| |
| Garis Panduan Permohonan SPP | |
 | Berikut adalah carta garis panduan permohonan SPP: Klik di sini untuk paparan | |
|
| | Makluman : Skim Pinjaman Perumahan ini sedang dalam kajian semula oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk penambahbaikan. | |
| |
| | Borang Permohonan SPP | |
 | Klik Di sini untuk muat turun borang permohonan SPP secara online. | |
| | ke atas | |