| | SIJIL KELAYAKAN MENDUDUKI (CFO) |
| | Sijil Kelayakan Menduduki atau CFO merupakan satu dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengesahkan sesuatu bangunan telah siap dibina selamat dan selesa untuk didiami. Mengikut Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1994 (UKBS), tiada seorang pun boleh menduduki atau membenarkan menduduki mana-mana bahagian bangunan melainkan CFO atau Sijil Kelayakan Menduduki Sementara (TCFO) telah dikeluarkan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133). Sekiranya tidak mematuhi kepada Akta ini boleh menyebabkan orang berkenaan didakwa. | |
| |
| | CFO boleh dikeluarkan setelah syarat-syarat yang ditetapkan dalam Undang-Undang Kecil 25 UKBS 1984 dipatuhi. CFO akan dikeluarkan setelah : | |
| |
| | |  | Orang yang mengemukakan pelan seperti arkitek telah memperakui dalam borang permohonan iaitu Borang E secara bertulis mereka telah mengawasi pembinaan bangunan itu dan sepanjang pengetahuan dan kepercayaan mereka bangunan tersebut dibina mematuhi UKBS dan bersetuju menerima tanggungjawab sepenuhnya mengenai bahagian-bahagian yang berkaitan dengan mereka. | |
| |
| |
| | |  | Pegawai PBT telah memeriksa bangunan berkenaan | |
| | |  | Syarat-syarat yang ditetapkan oleh PBT semasa kelulusan pelan bangunan bagi keperluan asas seperti jalan akses, landskap, tempat letak kereta, parit, air dan elektrik, lif, pili bomba, pembetungan dan pembuangan sampah dan lain-lain disediakan. Lazimnya, keperluan asas ini diakui oleh agensi teknikal berkenaan seperti Jabatan Bekalan Air (JBA), Tenaga Nasional (PNB), Jabatan Pembetungan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan lain-lain. Syarat lain seperti pembayaran sumbangan bagi infrastruktur, hal tanah seperti kelulusan pelan bangunan juga perlu dipatuhi. | |
| |
| |
| |
| |
| |
| | Dengan lain perkataan, permohonan kelulusan CFO hanya boleh dikemukakan oleh orang yang mengemukakan pelan seperti arkitek (pemaju) yang mengesahkan dalam Borang E bahawa ia telah mengawasi pembinaan penyiapan bangunan berkenaan. | |
| |
| | PBT hanya akan meluluskan pengeluaran CFO apabila segala syarat-syarat yang ditetapkan dipatuhi. Ini adalah untuk memastikan bangunan tersebut selamat didiami oleh pembeli. | |
| |
| | Pindaan kepada UKBS 1984 telah buat pada tahun 1999 bagi membolehkan; | |
| |
| | |  | Banglo yang dibina berasingan tidak perlu memohon CFO tetapi arkitek atau pelukis pelan berdaftar perlu mengeluarkan Sijil Pengakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance). | |
| |
| | |  | Bagi bangunan lain, CFO dianggap telah dikeluarkan walaupun PBT berkaitan masih belum mengeluarkannya dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan permohonan CFO (borang E) yang lengkap diterima. | |
| |
| |
| | Walau bagaimanapun, pindaan kepada UKBS ini hanya akan berkuatkuasa setelah semua negeri mewartakan pindaan ini. | |
| |
| | Pembeli-pembeli rumah yang ingin membuat pengubahsuaian atau menambah bangunan kediaman hanya dibolehkan setelah CFO dikeluarkan oleh PBT. Walau bagaimanapun, tuan rumah perlu memohon kebenaran daripada PBT terlebih dahulu. | |
| |
| | Pemaju adalah bertanggungjawab ke atas bangunan dalam tempoh selama 18 bulan dari tarikh pengeluaran pemilikan kosong bangunan atau disebut serah kunci. Sekiranya berlaku kecacatan bangunan seperti kebocoran bumbung, kebocoran paip air dan sebagainya dalam tempoh tersebut ia merupakan tanggungjawab pemaju. | |
| |
| | Kegagalan struktur seperti keretakan tiang, rasuk, lantai atau mendapan bangunan merupakan tanggungjawab jurutera perunding bagi sepanjang umur bangunan berkenaan. Pemilik rumah yang menghadapi masalah ini hendaklah melaporkan kepada PBT berkenaan berserta dengan butiran dan gambar bagi memudahkan kerja penyiasatan. Di bawah, UKBS Undang-Undang Kecil 258, PBT boleh menyuruh jurutera perunding asal yang mengemukakan pelan berkenaan membuat laporan untuk menjelaskan punca kegagalan dalam tempoh yang ditetapkan oleh PBT. Jurutera perunding yang gagal mematuhi atau tidak memberi kerjasama, pihak PBT atau pemilik bangunan boleh membuat laporan kepada Lembaga Jurutera Perunding bagi tindakan selanjutnya. | |
| |
| | PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC) |
| | Kerajaan telah bersetuju memperkenalkan sistem pengeluaran CCC yang dikeluarkan oleh para Profesional sebagai menggantikan pengeluaran CFO yang dahulunya oleh PBT. Pengenalan sistem perakuan baru ini dibuat setelah mengambilkira kelebihan dan kebaikannya berasaskan kajian menyeluruh yang dijalankan oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama-sama dengan pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau yang mempunyai kepentingan dalam industri pembinaan. | |
| |
| | Keadah pengeluaran CCC oleh para professional adalah satu usaha kea rah pendekatan self-regulation dan self-certification, iaitu, konsisten dengan hasrat Kerajaan seperti yang terkandung dalam langkah 70 (d) Strategi Baru Merangsang Pertumbuhan Ekonomi Negara. Ia bertujuan mempertingkatkan lagi kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan pemajuan projek menerusi usaha-usaha mengurangkan karenah birokrasi. Pengenalan CCC akan menyumbang kepada pengurangan kos menjalankan perniagaan di negara ini di samoing memudahkan para pelabur berurusan denga pihak Kerajaan. | |
| |
| | Sistem CCC bukan satu konsep baru. Ia merupakan peluasan sistem yang telahpun digunapakai bagi rumah berasingan yang dibina secara tunggal kepada lain-lain ketegori bangunan. Pindaan UKBS pada tahun 1999 telah membolehkan rumah berasingan seperti banglo dikecualikan daripada memohon CFO dan bagi Arkitek Profesional atau Pelukis Pelan Berdaftar mengeluarkan CCC selaku Orang Yang Mengemukakan (OMP). Sistem berkenaan telah dilaksanakan tanpa masalah sejak diperkenalkan dan kini dalam sistem CCC pemakaiannya diperluaskan kepada lain-lain kategori bangunan. | |
| |
| | Dari sudut akauntabiliti terhadap keselamatan dan keselesaan bangunan, pengambilalihan tugas mengeluarkan sijil perakuan ini oleh para professional lebih merupakan satu formality. Ini adalah kerana di bawah sistem pengeluaran CFO, para professional sememangnya diwajibkan memberi pengesahan terhadap isu keselamatan dan kelayakan menduduki bangunan. Selain itu, pemberian tanggungjawab mengeluarkan sijil perakuan bangunan oleh para profesional juga dianggap satu langkah wajar. Ini adalah memandangkan mereka merupakan pihak yang paling memahami pemajuan sesuatu projek kerana terlibat secara langsung dalam keseluruhan fasa pembangunannya; iaitu, dari peringkat kerja-kerja persiapan memulakannya hingga ke peringkat-peringkat pembinaan dan penyiapan projek. | |
| |
| | Satu ciri penambahbaikan kepada sistem CCC ialah notis milikan kosong (notice of vacant possession – VP) boleh dikeluarkan bersekali dengan CCC yang kini berada dalam kawalan para professional. Faktor ini akan menyumbang kepada penyelesaian masalah yang sering berlaku di bawah sistem pengeluaran CFO di mana pembeli rumah memperolehi kunci rumah tetapi tidak boleh mendudukinya kerana CFO belum dikeluarkan lagi. | |
| |