siri1
 

Perumahan Swasta

NEGERI :
  JENIS :
DAERAH :
  PROJEK :  
HARGA : HINGGA TAHUN PROJEK :

Perumahan PPR

NEGERI :
             
JENIS :
             
                     

Pemaju Swasta

NAMA :
NEGERI :
             
ROC :              
*Sila pilih kriteria carian
 
 
Kata Nama :  
Kata Laluan :  
     
 
Lupa Kata Laluan?
|Pendaftaran||Syarat-Syarat|
 Informasi > Perumahan Dan Anda > Siri 1 : KPKT sebagai fasilitator & tempat mengadu
| Pendahuluan | Tujuan | Senario Perumahan Semasa |
 
 Pendahuluan
 
Pembelian sebuah rumah kediaman merupakan satu proses yang memerlukan pertimbangan yang bijak serta pengetahuan dan pemahaman yang mencukupi dari segi perundangan, perancangan kewangan dan keadaan ekonomi semasa bagi memastikan pembelian tersebut mendatangkan pulangan ke atas pelaburan
 
Melalui ruangan ini, adalah diharapkan bakal pembeli rumah lebih memahami hak dan peranan mereka serta dapat membuat pertimbangan yang betul sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah.
 
 Tujuan
 
Tujuan siri rencana ini ditulis adalah untuk memberi panduan kepada bakal pembeli rumah perkara-perkara utama dan penting yang perlu diketahui sebelum membeli rumah bagi tujuan kediaman mahupun pelaburan. Selain itu, rencana ini juga ditulis untuk memberi pengetahuan tambahan berhubung pemajuan perumahan daripada peringkat permohonan lesen sehinggalah pengeluaran Sijil Layak Menduduki (CFO).
 
Skop penulisan ini juga akan menyentuh empat pihak yang memainkan peranan penting dalam pemajuan perumahan iaitu;
  
peranan dan batasan tanggungjawab Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam sektor perumahan;
  
peranan dan tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
  
peranan dan tanggungjawab pemaju; dan
  
hak dan peranan pembeli.
 
 Senario Perumahan Semasa
 
Berdasarkan aduan yang diterima oleh Kementerian, orang ramai didapati masih tidak memahami atau keliru dengan peranan KPKT dalam bidang pemajuan perumahan. Kebanyakan didapati menganggap semua perkara berkaitan perumahan terletak di bawah bidang kuasa Kementerian ini. Anggapan ini ternyata tidak tepat.
 
Selain itu, ramai yang beranggapan bahawa Kementerian mempunyai kuasa atau locus standi untuk menyelesaikan semua masalah perumahan tanpa melalui proses perundangan khususnya jika pembeli mahupun tuntutan-tuntutan gantirugi tambahan yang tidak dinyatakan Surat Perjanjian Jual dan Beli atau mendakwa pemaju bagi pihak mereka bagi sebarang perlanggaran kontrak oleh pemaju.
 
Di bawah disenaraikan 10 jenis aduan sebagai panduan pembeli mengemukakan aduan berdasarkan masalah yang dihadapi:
  
1. Kecacatan Mutu Kerja
  
2. Bayaran perkhidmatan
  
3. Gantirugi – Tuntutan Pampasan
  
4. Masalah Sijil Layak Menduduki
  
5. Kelewatan Penyerahan Rumah
  
6. Faedah Bayaran Lewat
  
7. Penyelenggaraaan Bangunan
  
8. Cagaran / hakmilik
  
9. Masalah Infrastruktur
  
10. Melanggar Akta / Peraturan
 
 
Jika diteliti, semua aduan di atas adalah berkaitan dengan kontrak atau perjanjian yang diadakan di antara pemaju dengan pembeli kecuali aduan nombor 12. Bagi kes-kes aduan yang melibatkan perlanggaran kontrak atau perjanjian tetapi bukan bersifat tuntutan gantirugi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan memainkan peranan penting sebagai pemudahcara.
 
Kebiasaannya, Kementerian akan memanggil penjual (pemaju) dan pembeli atau mana-mana pihak terbabit baik agensi-agensi kerajaan mahupun swasta berbincang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sekiranya kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan, Kementerian akan menasihatkan kedua-dua pihak merujuk kepada undang-undang bagi mengadili masalah tersebut.
 
Bagi aduan nombor 12, Kementerian akan mengambil tindakan ke atas pemaju berdasarkan peruntukan dalam Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 dan Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989.
 
Pemajuan-pemajuan perumahan dikelaskan kepada dua jenis iaitu;
 
Tanah dan bangunan (landed property) seperti rumah teres satu atau dua tingkat, rumah bandar, rumah berkembar, banglo; dan
 
Bangunan dan pecahbahagian (highrise/strata property) seperti rumah pangsa, pangsapuri dan kondominium.
 
Secara amnya, KPKT bertanggungjawab terhadap kedua-dua jenis perumahan di atas yang dikuatkuasakan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] dan Peraturan-Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989.
 
Sungguhpun demikian, sebelum 1 Disember 2002 projek-projek perumahan yang dimajukan oleh badan-badan koperasi dan agensi-agensi Kerajaan Negeri seperti Perbadanan Kemajuan Kerajaan Negeri dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur adalah dikecualikan daripada Akta 118.
 
Oleh itu, sekiranya pembeli membeli rumah yang dibina oleh agensi Kerajaan Negeri atau badan koperasi sebelum 1 Disember 2002 dan menghadapi masalah, mereka perlu merujuk kepada agensi kerajaan negeri atau badan koperasi yang berkaitan. Ataupun merujuk kepada Kerajaan Negeri iaitu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri atau Jabatan Pembangunan Koperasi.
 
Bagaimanapun setelah Kementerian menerima banyak aduan daripada pembeli-pembeli projek perumahan yang dimajukan oleh badan-badan koperasi dan agensi-agensi Kerajaan Negeri maka Akta 118 telah dipinda dan berkuatkuasa 1 Disember 2002, projek-projek perumahan di bawah badan-badan koperasi atau agensi-agensi Kerajaan yang dimajukan selepas tarikh tersebut adalah diliputi oleh Akta 118.
 
Selain itu, pindaan Akta 118 yang terkini dibuat pada 12 April 2007 telah memperluaskan lagi bidang kuasa KPKT dengan memasukkan pemajuan perumahan di atas tanah berstatus komersial seperti 'service apartment atau service kondominium' dan rumah kedai (shophouses) sebagai salah satu pemajuan yang perlu dilesenkan di bawah Akta 118.
 
Dalam urusan perumahan KPKT bertanggungjawab;
 
merancang pembangunan perumahan,
 
pengeluaran lesen, permit, iklan dan jualan kepada pemaju perumahan,
 
menjalankan mengawalselia dan menguatkuasakan Akta dan Peraturan Pemajuan Perumahan.
 


Kemaskini Terakhir : 13/09/08
Cetak halaman ini   Email

Jumlah capaian kepada laman ini : 00005222
Click to decrease font size Click to reset font size Click to increase font size
 
 
 
< August 2010 >
A I S R K J S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31  
 
 
beritaSambutan Hari Inovasi KPKT 2010
 
beritaPertandingan Pengucapan Awam
 
beritaSebutharga e-Bidding
 
 
   
   
Adakah eHome memudahkan pencarian maklumat perumahan kepada pembeli?
   
Sila pilih jawapan anda:  
   
   
KEPUTUSAN
Klik untuk melayari laman web MSC Klik untuk melayari laman web Real Estate And Housing Developers' Association (REDHA) Klik untuk melayari laman web House Buyers Association (HBA)
Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 6 Ke Atas Dan Mozilla Firefox 2.0 ke atas Dengan Resolusi Melebihi 800 x 600 pixels Di Platform Window
:: Dasar Privasi & Keselamatan :: Peta Laman :: Brosur eHome
Hakcipta Terpelihara 2007 © Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.
PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.