GARIS PANDUAN BAGI PENGHANTARAN MAKLUMAT PERMOHONAN LESEN PEMAJU, PERMIT IKLAN & JUALAN DAN LAPORAN KEMAJUAN PROJEK (LAPORAN 7F) SECARA ONLINE MELALUI PUBLIC SERVICE PORTAL (PSP) MYGOV
 
1.
Apakah itu PSP myGovernment?
 
MyGovernment (MyGov) adalah singkatan untuk Portal Perkhidmatan Awam Kerajaan Malaysia. myGovernment merupakan gerbang utama kepada informasi dan perkhidmatan Kerajaan Malaysia melalui Internet. Anda juga boleh melayari lebih 900 laman web agensi-agensi Kerajaan Malaysia. Inisiatif ini dilaksanakan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri.
 
2.
Mengapa myGovernment diwujudkan?
 
Kebanyakan maklumat dan perkhidmatan Kerajaan Malaysia telah disediakan secara online sejak lama dahulu, dan myGovernment diwujudkan untuk memberi kesenangan mencari maklumat dan perkhidmatan yang disediakan. Dengan pembentangan yang senang difahami serta URL yang senang diingati iaitu www.gov.my , ia merupakan pintu utama Kerajaan Malaysia dalam dunia siber. Di sini, anda boleh memperolehi jawapan berkaitan hal-hal Kerajaan. Anda juga boleh melayari lebih 900 laman web agensi-agensi kerajaan.
 
3.
Siapakah yang dibenarkan melayari dan menggunakan myGoverment?
 
Umumnya, myGovernment boleh dicapai oleh semua lapisan masyarakat. Bagaimanapun, terdapat beberapa maklumat dan perkhidmatan yang memerlukan anda mendaftar sebagai seorang ahli.
 
4.
Jenis-jenis penghantaran maklumat permohonan secara online bagi pemajuan perumahan.
 
Permohonan secara online bagi pemajuan perumahan meliputi permohonan-permohonan seperti berikut:
 
 
a)
Pendaftaran pemaju perumahan
 
b)
Permohonan lesen baru pemaju perumahan
 
c)
Permohonan permit iklan & jualan baru
 
d)
Permohonan pembaharuan lesen pemaju perumahan
 
e)
Permohonan pembaharuan permit ikaln & jualan
 
f)
Penghantaran laporan kemajuan projek (Laporan 7F)
 
5.
Pendaftaran untuk menggunakan servis di portal MyGov.
 
Semua pemaju dikehendaki mendaftar dengan protal tersebut untuk menggunakan servis yang ditawarkan. Pendaftaran hanya dilakukan sekali sahaja. Setiap pemaju dikehendaki mempunyai e-mail untuk mendaftar. Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk mendaftar dengan portal MyGov.
 
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8