faqttpr
 

Perumahan Swasta

NEGERI :
  JENIS :
DAERAH :
  PROJEK :  
HARGA : HINGGA TAHUN PROJEK :

Perumahan PPR

NEGERI :
             
JENIS :
             
                     

Pemaju Swasta

NAMA :
NEGERI :
             
ROC :              
*Sila pilih kriteria carian
 
 
Kata Nama :  
Kata Laluan :  
     
 
Lupa Kata Laluan?
|Pendaftaran||Syarat-Syarat|
 Informasi > Soalan-Soalan Lazim (FAQ) > Soalan Lazim Mengenai Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah

| Soalan 1 | Soalan 2 | Soalan 3 | Soalan 4 | Soalan 5 | Soalan 6 | Soalan 7 | Soalan 8 |
 
Soalan 1
Apakah bidang kuasa tempatan Tribunal ?
 
Jawapan
Tribunal boleh mendengar sebarang kes tuntutan yang hanya melibatkan projek-projek perumahan yang dijalankan di Semenanjung Malaysia sahaja, tidak termasuk Sabah dan Sarawak.
 
Soalan 2
Apakah bentuk tuntutan yang boleh di failkan di Tribunal ?
 
Jawapan
Terdapat dua bentuk tuntutan yang boleh difailkan di Tribunal iaitu ;
i. Tuntutan Teknikal
ii. Tuntutan Bukan Teknikal
 
   i. Tuntutan Teknikal
Tuntutan teknikal merangkumi kecacatan mutu kerja atau tidak mematuhi bahan atau spesifikasi sebagaimana yang dinyatakan di dalam Perjanjian Jual Beli (S&P). Tuntutan ini di buktikan antaranya secara Gambar, Quotation, Bil, Resit, Surat atau lain-lain dokumen yang boleh menyokong tuntutan atau membawa saksi-saksi yang berkenaan (jika berkaitan) dan tuntutan ini perlu dinilai dalam Ringgit Malaysia.
   ii. Tuntutan BukanTeknikal
Tuntutan bukan teknikal merupakan tuntutan selain dari perkara diatas sebagai contoh gantirugi bagi kelewatan pe-nyerahan milikan kosong (Late Delivery of Vacant Possession) oleh pemaju.
 
Soalan 3
Jika sesuatu projek perumahan itu terbengkalai, bolehkah pembeli rumah itu memfailkan tuntutannya di Tribunal ?
 
Jawapan
Tidak, ini kerana tuntutan tersebut masih ‘premature’. Tuntutan ini hanya boleh dibuat setelah rumah berkenaan disiapkan dan milikan kosong telah diserahkan kepada pembeli. Aduan perkara ini boleh dibuat dengan menghubungi 03-2093 6714 (Bahagian Pengawasan & Penguatkuasaan).
 
Soalan 4
Jika saya ingin membuat tuntutan di Tribunal, bagaimana caranya ?
 
Jawapan
Penuntut perlulah mengisi borang tuntutan (Borang 1) yang boleh diperolehi dengan datang sendiri ke Pejabat atau mencetak melalui laman web www.kpkt.gov.my di bawah tajuk Muat Turun Borang.
 
Soalan 5
Apakah dokumen-dokumen yang perlu disertakan semasa Tuntutan (claim) itu difailkan ?
 
Jawapan
Empat salianan Borang Tuntutan (Borang 1) yang telah lengkap ditandatangani (Oleh kesemua nama penuntut sebagaimana S&P), satu salinan dokumen di bawah perlu disertakan antaranya ialah;
1. Surat Perjanjian Jual-Beli .
2.Surat Penyerahan Milikan Kosong .
3. Surat Penyerahan Kunci .
4.Sijil Kelayakan Menduduki (jika ada).
5.Surat Notis Tuntutan yang dibuat oleh pembeli rumah kepada pemaju (jika ada).
6.Lain-lain Dokumen yang boleh menyokong tuntutan.
Bersama-sama itu juga, bayaran yuran mahkamah bernilai RM 10.00 (Tunai atau Wang Pos atas nama ‘KSU Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan’) perlu dibuat semasa dihantar untuk pendaftaran ke Pejabat Tribunal samada dibuat secara serahan tangan atau secara Pos berdaftar.
 
Soalan 6
Jika pembeli meminjam dari Institusi Kewangan atau Kerajaan Malaysia, perlukah beliau mendapatkan persetujuan sebelum memulakan tindakan atau menjadikan Pihak Berkenaan sebagai satu pihak dalam tuntutan ?
 
Jawapan
Tidak perlu. Pembeli boleh membawa tuntutan diatas nama beliau sendiri.
 
Soalan 7

Apakah Tindakan Perlaksanaan yang boleh diambil terhadap Pemaju jika Pemaju tidak mematuhi terma-terma Award yang telah diputuskan oleh Tribunal, Apa langkah seterusnya yang perlu saya buat?

 
Jawapan

a) Tindakan Sivil

Pembeli harus melaporkan kepada TTPR secara bertulis kegagalan pemaju untuk mematuhi award bagi membolehkan award tersebut didaftarkan di Mahkamah Majistret (jika award kurang daripada RM25,000.00) atau Mahkamah Sesyen (jika award melebihi RM25,000.00). Selepas Award didaftarkan, ianya adalah merupakan satu Penghakiman Mahkamah Majistret atau Mahkamah Sesyen.


Selepas ianya didaftarkan, pembeli boleh mengambil tindakan pelaksanaan terhadap pemaju berkenaan seperti berikut:

  • Tindakan untuk menggulungkan syarikat (winding up)

  • Writ Penyitaan dan Penjualan

  • Prosiding garnismen

  • Saman penghutang penghakiman.


b) Tindakan Jenayah

Pembeli boleh melaporkan perkara ini kepada Bahagian Penguatkuasaan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang akan mengambil tindakan mengenakan penalti jenayah bagi kegagalan untuk mematuhi award oleh pemaju menurut Seksyen 16AD Akta yang sama.

Seksyen 16AD (1) " Mana-mana orang yang gagal mematuhi award yang dibuat oleh Tribunal dalam tempoh yang ditetapkan oleh Tribunal adalah melakukan satu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda yang hendaklah tidak kurang daripada lima ribu ringgit tetapi hendaklah tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya."

Alamat Bahagian Penguatkuasaan tersebut adalah seperti berikut :


Pengarah

Bahagian Penguatkuasaan

Jabatan Perumahan Negara , KPKT

Aras 3, Blok B Utara,

Pusat Bandar Damansara,

50782 Kuala Lumpur.

No. Telefon: 03-20998481

Emel : enforcement@kpkt.gov.my

 
c) Biro Bantuan Guaman

Untuk mengambil tindakan perlaksanaan terhadap Pemaju, Pembeli juga boleh meminta bantuan daripada Biro Bantuan Guaman (jika layak).

 
 

Biro Bantuan Guaman

Jabatan Perdana Menteri

Aras 1, Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang,

Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62692 Putrajaya

Telefon: 03-8885 1000

Faksimili: 03-88851829/1830/1831

Email : www.bbg.gov.my

 

 
Soalan 8
Adakah Tribunal akan membuat pendakwaan sekiranya penentang tidak mematuhi Award yang telah dikeluarkan?
 
Jawapan
Tribunal TIDAK akan bertindak bagi pihak penuntut dalam menguatkuasakan atau membuat pendakwaan terhadap Award yang telah dikeluarkan. Kuasa/ Tugas Tribunal terhenti setelah Award didaftar dan dihantar kepada pihak-pihak untuk dikuatkuasakan.


Kemaskini Terakhir : 17/09/09
Cetak halaman ini   Email

Jumlah capaian kepada laman ini : 00045089
Click to decrease font size Click to reset font size Click to increase font size
 
 
 
< May 2012 >
A I S R K J S
    1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31  
 
 
beritaHARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
 
beritaSOAL SELIDIK DASAR PENGURUSAN KUARTERS SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)
 
beritaPENCALONAN BAGI MENGIKUTI PROGRAM PERTUKARAN BELIA MALAYSIA-KOREA DI REPUBLIK KOREA TAHUN 2012
 
 
   
   
   
Sila pilih jawapan anda:  
   
   
KEPUTUSAN
Klik untuk melayari laman web MSC Klik untuk melayari laman web Real Estate And Housing Developers' Association (REDHA) Klik untuk melayari laman web House Buyers Association (HBA)
Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 6 Ke Atas Dan Mozilla Firefox 2.0 ke atas Dengan Resolusi Melebihi 800 x 600 pixels Di Platform Window
:: Dasar Privasi & Keselamatan :: Peta Laman :: Brosur eHome
Hakcipta Terpelihara 2007 © Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.
PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.