| | Soalan 1 | Soalan 2 | Soalan 3 | Soalan 4 | Soalan 5 | Soalan 6 | Soalan 7 | Soalan 8 | Soalan 9 | |
| |
| Soalan 1 |
Bagaimanakah caranya untuk membayar balik Skim Pinjaman Perumahan untuk Golongan Berpendapatan Rendah (SPP)? |
| |
| Jawapan |
Kaedah-kaedah bayaran balik pinjaman: |
| 1 | POSKAN BANK DERAF/KIRIMAN WANG/WANG POS | | | Bayaran Melalui bank deraf/kiriman wang/wang pos hendaklah berpalang dan dibayar atas nama 'BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN/KPKT’. Sila poskan bayaran anda menggunakan sampul surat. Alamatkan surat anda kepada:
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bahagian Skim Pinjaman Perumahan Aras 3, Blok K, Pusat Bandar Damansara Peti Surat 12579, 50782 Kuala Lumpur
*Jangan kirimkan wang tunai.Pastikan No. Kad Pengenalan dan nama penuh serta alamat surat-menyurat anda di tulis di belakang bank deraf / kiriman wang.
| | 2 | BAYARAN SECARA ON-LINE | | | FPX. Anda perlu mempunyai akaun dengan mana-mana bank yang menyertai FPX (Financial Process Exchange) dan berdaftar sebagai pengguna perkhidmatan perbankan internet bank tersebut.
| | | Perkhidmatan online bank-bank terpilih yang disenaraikan di bawah. Perhatian! Anda perlu mempunyai akaun bank tersebut dan mendaftar sebagai pengguna perkhidmatan online di: • www.cimbclicks.com.my• www.rhbbank.com.my• www.posonline.com.my (selepas 1 Januari 2009) Untuk keterangan lanjut, sila pergi ke bank-bank tersebut atau hubungi: • CIMB Service Centre: 03-2295 6100. • RHB Bank ibank Support: 03-9206 8228
PERHATIAN : SETIAP TRANSAKSI PEMBAYARAN YANG DILAKUKAN SECARA ONLINE AKAN DIKENAKAN CAJ RM0.50 KEPADA PEMBAYAR
| | 3 | BAYARAN MELALUI KAUNTER | | | Bayaran melalui wang tunai diterima dengan cara pergi ke:
Kaunter perkhidmatan Bahagian Skim Pinjaman Perumahan, Aras 3, Blok K, Pusat Bandar Damansara, 50782 Kuala Lumpur.
|
|
| MAKLUMAN |
| Sila simpan slip pembayaran atau cetak resit bayaran untuk simpanan anda. |
| Resit rasmi Bahagian Pinjaman Perumahan hanya akan dikeluarkan sekiranya pembayaran dibuat terus kepada Bahagian Skim Pinjaman Perumahan |
| Pembayaran melalui cek peribadi tidak dibenarkan. |
| |
| Soalan 2 |
Adakah SPP akan mengeluarkan resit rasmi bagi pembayaran balik pinjaman? |
| |
| Jawapan |
Pihak SPP hanya akan mengeluarkan resit rasmi bagi pembayaran balik yang di bayar terus kepada SPP seperti terus ke kaunter SPP, melalui pos (bank deraf, kiriman wang dan wang pos) yang dibuat atas nama SPP. Manakala bayaran menerusi agen kutipan SPP seperti CIMB (online) dan RHB (online) tidak akan dikeluarkan resit. |
| |
| Soalan 3 |
Bagaimanakah caranya untuk menyemak baki pinjaman? |
| |
| Jawapan |
Baki pinjaman boleh disemak melalui Portal eHome. |
| |
| Soalan 4 |
Bagaimanakah cara bayaran menerusi online boleh dilakukan? |
| |
| Jawapan |
Sila rujuk pada laman web bank-bank berkenaan dan sebarang pertanyaan sila rujuk kepada Bahagian Perkhidmatan Pelanggan bank berkenaan. |
| |
| Soalan 5 |
Bagaimanakah caranya membayar balik pinjaman menerusi potongan gaji? |
| |
| Jawapan |
Sila berikan maklumat majikan anda iaitu nama, alamat dan nombor telefon kepada Bahagian Skim Pinjaman Perumahan melalui surat rasmi. Pembayaran balik menerusi arahan potongan gaji akan mengambil masa 1-3 bulan. Sementara itu anda boleh membuat bayaran sendiri menggunakan kaedah bayaran balik yang lain untuk mengelakkan tunggakan ansuran. |
| |
| Soalan 6 |
Bolehkah saya membayar balik lebih daripada jumlah ansuran asal? |
| |
| Jawapan |
Bayaran balik lebih daripada ansuran asal adalah dibenarkan dan digalakkan |
| |
| Soalan 7 |
Bilakah saya boleh mula membayar balik pinjaman perumahan saya? |
| |
| Jawapan |
Bayaran ansuran pinjaman boleh dimulakan selepas sebulan dari bayaran peringkat pembinaan yang terakhir. Pihak SPP akan mengeluarkan notis arahan bayaran balik bersama dengan bayaran peringkat yang terakhir |
| |
| Soalan 8 |
Bolehkah saya membuat bayaran balik secara sekaligus @ 'lump sum'? |
| |
| Jawapan |
Bahagian ini tiada masalah untuk menerima bayaran secara lum sum setelah notis bayaran balik dikeluarkan kepada peminjam |
| |
| Soalan 9 |
Bilakah tarikh akhir bayaran balik sepatutnya dibayar setiap bulan? |
| |
| Jawapan |
Bergantung kepada arahan bayaran balik pada notis bayaran balik pinjaman. Pada notis bayaran balik terdapat tarikh mula bayaran balik. |
|