teks5
 

Private Housing

STATE :
  TYPE :
DISTRICT :
  PROJECT :  
PRICE : TO PROJECT YEAR :

PPR Housing

STATE :
             
TYPE :
             
                     

Private Developer

NAME :
STATE :
             
ROC :              
*Please select search criteria
 
 
Username :  
Password :  
   
 
 
Forget Password?
|Register||Terms & Conditions|
 News > Speeches > MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN INVEST MALAYSIA 2005
PENYAMPAI:TIMBALAN MENTERI IISU:LAIN-LAIN
TARIKH :23-Mar-2005KATEGORI:UCAPAN PERASMIAN
MAJLIS:MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN INVEST MALAYSIA 2005 HARI:Rabu
     
TEMPAT:KUALA LUMPUR
----------------------------------------------------------------------------------------

 

TEKS UCAPAN PENUH :

 

 

 

 

 

TEKS ucapan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, ketika merasmikan Persidangan Invest Malaysia 2005 di Kuala Lumpur, semalam.

 

 

 

 

 

SAYA berasa bangga kerana diberi penghormatan untuk berucap di hadapan kumpulan penting yang berkumpul di sini hari ini, Sebagai pelabur, pengurus dana dan penganalisis pasaran, anda semua adalah pemimpin pemikir dan pembentuk pendapat yang mempengaruhi keputusan pelaburan, juga aliran dana ke Malaysia.

 

 

 

 

 

Amat menggembirakan juga kerana banyak wajah yang dikenali daripada industri domestik hadir pada hari ini. Kepada tetamu kita dari luar negara, saya ucapkan selamat datang ke Malaysia dan terima kasih kerana minat yang ditunjukkan kepada pembangunan ekonomi dan kewangan di negara ini.

 

 

 

 

 

Saya juga memuji usaha penganjur - Bursa Malaysia, CIMB dan CSFB kerana berjaya mengumpul ratusan profesional dari kalangan pelabur tempatan dan antarabangsa. Saya percaya acara hari ini akan menjadi landasan terbaik untuk membincangkan pembangunan terkini di negara ini, selain untuk menonjolkan peluang pelaburan menarik yang ada di pasaran.

 

 

 

 

 

Saya percaya penganjur melakukan yang terbaik dengan menghimpun penceramah berwibawa dan saya harap anda semua akan mendapat manfaat dengan menghadiri persidangan ini.

 

 

 

 

 

Izinkan saya memulakan dengan menyatakan bahawa saya amat percaya Malaysia akan terus berperanan sebagai pusat pertumbuhan menarik untuk pelabur. Ekonomi domestik mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 7.1 peratus pada 2004. Lebih penting, pertumbuhan sedemikian berterusan. Sektor yang dilaporkan mencatat perkembangan sihat tahun lalu termasuk pembuatan 9.8 peratus, perkhidmatan 6.7 peratus, pertanian lima peratus dan perlombongan 4.1 peratus. Sebagai tambahan, eksport negara meningkat secara signifikan pada 2004 dan terus berkembang. Sehingga Januari 2005, kita merekodkan lebihan dagangan lebih 87 bulan. Rizab asing kita berada pada paras paling tinggi pernah dicatatkan berjumlah RM272.9 bilion (AS$8.6 bilion) pada penghujung Februari lalu.

 

 

 

 

 

Berikutan keadaan ekonomi yang amat menggalakkan ini, aktiviti pelaburan swasta kekal kukuh secara relatif, terutama dalam sektor pembuatan, juga dalam industri perkhidmatan terpilih dengan pendapatan boleh guna yang meningkat, inflasi dan kadar faedah yang rendah, perbelanjaan persendirian mencatatkan pertumbuhan sihat sebanyak 10.1 peratus pada 2004, pengguna terus mempunyai kuasa beli antara lain, hartanah dan automobil. Tambahan pula, pendapatan korporat di Malaysia kekal kukuh, bercanggah dengan sesetengah pendapat.

 

 

 

 

 

Berdasarkan hasil kajian penyelidikan Bursa Malaysia, ada peningkatan sebanyak 14.5 peratus dalam keuntungan agregat 829 syarikat disenaraikan yang memfailkan pulangan korporat sehingga akhir Disember 2004, berbanding sehingga akhir Disember 2003. Daripada jumlah itu, 513 syarikat atau 62 peratus dilaporkan mencatat keuntungan tinggi untuk 2004 berbanding tahun sebelumnya.

 

 

 

 

 

Dengan senario positif di negara ini, kita menyaksikan peningkatan keyakinan pelabur dalam ekonomi domestik, dibuktikan dengan peningkatan pelaburan langsung asing (FDI). FDI meningkat kepada RM17.9 bilion pada 2004, berbanding RM9.4 bilion pada 2003.

 

 

 

 

 

Sementara itu, pelaburan portfolio pula mencatatkan aliran peningkatan sepanjang suku tahun ketiga dan keempat 2004, yang membawa kepada pengaliran masuk sebanyak RM34.8 bilion sepanjang tahun lalu. Pasaran modal Malaysia pula terus menunjukkan petanda jelas peningkatan kematangan. Ini kemungkinan disebabkan peningkatan mantap jumlah dan nilai dagangan. Kita boleh berbangga bukan saja dalam kepelbagaian pilihan pelaburan, tetapi juga betapa luasnya peluang pelaburan yang ditawarkan - daripada ekuiti kepada pelaburan luar pesisir, daripada konvensional kepada instrumen berasaskan syariah - semuanya untuk memenuhi keperluan semua jenis pelabur.

 

 

 

 

 

Malah, penyenaraian Bursa Malaysia adalah satu lagi bukti pasaran Malaysia semakin matang. Bagi saya, ia adalah jawapan kepada seruan kerajaan ke arah peningkatan kecekapan dan ketelusan. Bursa, dengan apungan bebas 60 peratus ketika disenaraikan, turut menyediakan standard positif untuk syarikat Malaysia yang disenaraikan. Dalam hubungan ini, saya gembira menyatakan yang semua kegiatan ini berlaku ketika kerajaan melaksanakan disiplin fiskal dan penggabungan.

 

 

 

 

 

Daripada defisit Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 5.3 peratus pada 2003, kita bekerja keras untuk menurunkannya kepada 4.3 peratus pada 2004, lebih rendah berbanding 4.5 peratus KDNK yang dijangka sebelum itu. Pada 2005, kita mensasarkan defisit yang lebih rendah iaitu 3.8 peratus. Di sebalik semua ini, bagaimanapun saya ingin menjelaskan yang perbelanjaan sektor awam akan diteruskan dalam bidang penting - seperti pendidikan, perumahan, pengangkutan, pertanian dan pembangunan luar bandar - dengan tujuan membawa pelbagai faedah kepada rakyat Malaysia.

 

 

 

 

 

Mungkin, sebagai pengiktirafan terhadap komitmen kerajaan untuk memperbaiki kedudukan fiskal jangka panjang, Moody telah meningkatkan penarafan kadar mata wang asing Malaysia daripada B.A.A.1 kepada A.3 pada Disember 2004, konsisten dengan penarafan yang diberikan oleh Fitch daripada BBB+ kepada A- pada November 2004. Apabila saya mengambil alih jawatan pada 31 Oktober 2003, saya mula mengatur strategi pentadbiran untuk pertumbuhan dan pembangunan jangka panjang, bagi membolehkan Malaysia mencapai matlamatnya menjadi negara maju pada 2020. Saya percaya pendekatan yang seimbang dan holistik diperlukan untuk mencapai matlamat ini, bergerak ke depan dan memperkukuh persaingan Malaysia pada peringkat serantau dan antarabangsa.

 

 

 

 

 

Kita perlu menggerakkan asas pertumbuhan ke arah kegiatan yang mempunyai lebih nilai tambah, menggerakkan kelebihan semula jadi dan kekuatan. Kita perlu menekankan pencapaian guna tenaga yang lebih kukuh seperti mendapatkan produktiviti tambahan yang lebih besar.

 

 

 

 

 

Kerajaan pula akan bergerak ke hadapan untuk menjadi penyokong dan pemboleh upaya perniagaan yang lebih berkesan dengan mewujudkan keadaan lebih kondusif dan membuka banyak peluang untuk sektor swasta berkembang. Lagi pun, kestabilan ekonomi hanya boleh dicapai apabila ada kerajaan yang stabil dan keselamatan yang terjamin serta komited dalam membuka dan meneruskan persekitaran yang menggalakkan pertumbuhan. Sehingga kini, saya melaksanakan pelbagai pendekatan pada peringkat kerajaan dan apabila dilaksanakan sepenuhnya, akan memberi kesan ke atas kos menjalankan perniagaan di Malaysia. Kita mula meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam secara bersungguh-sungguh, sebagai contoh dengan mengurangkan birokrasi dan menghapuskan 'red tape'. Pelan Integriti Nasional dan Institut Integriti Malaysia sudah dilancarkan untuk memperkukuhkan etika dan integriti di negara ini untuk menyokong langkah mencegah rasuah. Pasukan polis dan pasukan keselamatan lain akan terus diperkukuh dan dipertingkatkan untuk menjamin keselamatan dan keamanan negara.

 

 

 

 

 

Sebagai tambahan, skop dan pencapaian sistem pendidikan Malaysia, termasuk latihan vokasional akan ditingkatkan untuk membangunkan sumber manusia yang mencukupi untuk negara. Ini diharap akan turut membantu usaha kita memperhebatkan penyelidikan dan membangunkan kegiatan bagi menggerakkan agenda inovasi dan menjadi penghasil teknologi (dan bukan kekal sebagai pengguna teknologi). Kerajaan komited sepenuhnya untuk meneroka sumber baru pertumbuhan ekonomi - termasuk menerusi pemodenan pertanian, menggunakan sepenuhnya kekayaan kepelbagaian biologi kita kaya menerusi penggunaan teknologi biologi, juga menerusi pembangunan perkhidmatan nilai tambah seperti proses perniagaan penyumberan luar dan perkhidmatan kewangan Islamik.

 

 

 

 

 

Dengan melakukan semua ini, sektor swasta akan menjadi pendahulu sebagai enjin penjana pertumbuhan ekonomi. Saya harap dapat melihat lebih banyak sektor perniagaan yang lebih kukuh dan dinamik di Malaysia. Kerana itu, saya sudah memulakan proses dengan melakukan penstrukturan semula syarikat berkaitan kerajaan (GLC), biasanya mereka yang ketinggalan dari segi pencapaian. Tujuannya untuk menjadikan mereka lebih berdaya saing, diuruskan dengan lebih berkesan, lebih memfokuskan komersial dan lebih berorientasikan perkhidmatan pelanggan.

 

 

 

 

 

Saya juga menyusun semula cabang pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional, untuk melihat program transformasi GLC. Lebih banyak perlu dilakukan untuk GLC lain pada masa depan. Langkah pertama program transformasi GLC ialah untuk melaksanakan sistem kunci petunjuk pencapaian (KPI) selain pampasan berasaskan pencapaian untuk pengurusan kanan GLC. Saya sudah menubuhkan satu jawatankuasa pemandu diketuai Menteri Kewangan Kedua untuk menyelaras pelaksanaan KPI dan melihat ukuran lain untuk meningkatkan tahap pencapaian GLC.

 

 

 

 

 

Inisiatif ini sepatutnya memberi pulangan lebih baik kepada pemegang saham dalam jangka sederhana. Banyak orang berpendapat proses ini begitu perlahan, terutama terhadap harapan tinggi mengenai program transformasi GLC. Tetapi, saya suka menyatakan yang kita sudah mula melihat beberapa kesan, terutama dalam menuai 'hasil yang mudah dicapai' dalam beberapa GLC. Saya secara peribadi komited terhadap program ini dan akan terus berusaha untuk mewujudkan apa yang saya harapkan sebagai GLC bertaraf dunia dalam masa terdekat ini. Kerajaan akan terus komited untuk membangunkan pasaran modal tempatan yang kukuh dan berdaya maju sebagai kunci untuk menjamin pertumbuhan ekonomi yang sihat untuk jangka panjang. Kepentingan pasaran modal tidak boleh terlebih tumpuan, terutama dalam konteks globalisasi yang mana transaksi kewangan dan merentas sempadan komersial telah menjadi sesuatu yang norma.

 

 

 

 

 

Beberapa pendekatan khusus sudah diperkenalkan untuk memperkukuhkan pasaran modal Malaysia. Pendekatan ini direka untuk memenuhi keperluan pelabur dan peniaga yang pelbagai, dengan matlamat utama untuk mengukuhkan penyertaan, ketelusan, pengurusan, keberkesanan dan akhirnya, keuntungan. Satu pendekatan yang diambil untuk meningkatkan sistem penyampaian pasaran modal ialah dengan melaksanakan Peraturan Berasaskan Penzahiran (DBR). DBR kini sudah dilaksanakan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Sekuriti serta Jawatankuasa Pelaburan Asing dan akan diperluaskan kepada agensi lain dalam tempoh terdekat. Kerajaan akan beralih fokus daripada proses kelulusan kepada aspek penguatkuasaan peraturan. Saya memberi jaminan yang peraturan akan terus dikuatkuasakan dengan tegas dan berkesan.

 

 

 

 

 

Ketika pembentangan Bajet 2005 pada September tahun lalu, saya mengumumkan beberapa pendekatan pasaran liberalisasi. Satu pendekatan berkaitan ialah membenarkan lima broker saham asing utama beroperasi di Malaysia. Saya amat berharap apabila dilaksanakan kelak, kewujudan broker saham itu akan mengukuhkan rangkaian pengedaran pasaran, selain meningkatkan kecairan pasaran. Sebagai tambahan, kita komited untuk membenarkan lima pengurus dana global utama untuk memulakan operasi mereka di Malaysia. Sekali lagi, kehadiran mereka akan mengukuhkan kepakaran menguruskan dana dan meningkatkan kualiti perkhidmatan di kalangan pelabur.

 

 

 

 

 

Sudah tentu, pasaran modal Malaysia begitu kecil tanpa penyertaan pasaran domestik yang kukuh. Oleh itu, kerajaan saya juga komited untuk meningkatkan pasaran modal tempatan. Ukuran tertentu akan diumumkan berkaitan perkara itu. Namun suka saya nyatakan matlamat ukuran itu adalah untuk mencipta penyertaan domestik dengan keupayaan kelas pertama membabitkan institusi kewangan serantau dan antarabangsa. Berdasarkan kepada fakta yang saya bentangkan di hadapan anda, sesungguhnya adalah perlu untuk kita menceritakan segala kebaikan Malaysia.

 

 

 

 

 

Saya percaya cerita itu akan terus bersambung berlipat kali ganda dalam jangka panjang. Bagaimanapun, adalah amat malang kita secara berterusan berhadapan dengan masalah tanggapan, sesuatu yang menyukarkan proses membuat keputusan sebahagian besar pelabur asing. Kita terus dianggap mengadakan kawalan modal, walaupun pun semua kawalan utama sudah ditarik balik. Kita terus dianggap tidak mempunyai urus tadbir korporat yang baik, sedangkan standard kita adalah setaraf walaupun tidak lebih daripada kebanyakan peraturan bidang kuasa lain - kita adalah antara negara pertama yang melaksanakan garis panduan urus tadbir yang baik kita sendiri dan memperkenalkan keperluan latihan yang diwajibkan untuk semua pengarah. Adalah jelas, kita belum melakukan yang sebaiknya untuk menonjolkan usaha kita dan kita tidak menyedari sepenuhnya potensi kita untuk melaksanakan pasaran secara efektif dan penjenamaan Malaysia. Lebih banyak yang boleh dan patut dilakukan. Malaysia sebenarnya terlalu berahsia dan ia perlu dibongkar.

 

 

 

 

 

Dalam penjenamaan Malaysia, marilah kita dikenali sebagai negara yang sentiasa menekankan soal kualiti, keselamatan, perkhidmatan dan kecekapan. Dalam penjenamaan korporat Malaysia pula, biar kita tonjolkan diri bahawa kita berupaya menguruskan sejumlah syarikat korporat dengan begitu baik. Kita mengurus tadbir mengikut peraturan kerangka kerja kita. Kita memenuhi piawaian yang tinggi dan melaksanakan amalan korporat yang berjaya meletakkan syarikat Malaysia mampu bersaing dengan syarikat terbaik dunia seperti yang mampu ditawarkan oleh masyarakat perniagaan antarabangsa. Oleh itu, saya ingin menggesa kepada semua syarikat Malaysia, khususnya yang disenaraikan supaya berusaha untuk mengamalkan amalan dan program perhubungan pelabur (IR).

 

 

 

 

 

Ingatlah, dengan mengamalkan IR yang berkesan akan membezakan anda dengan pesaing. Menerusi keberkesanan IR anda berupaya berkomunikasi dengan lebih jelas dengan pemegang saham dan masyarakat awam secara lebih meluas. Menerusi IR anda meningkatkan nilai dan membina profil anda dan menerusi IR juga anda akan diukur dengan syarikat domestik dan antarabangsa lain. Lebih daripada itu, penggunaan IR yang betul mampu membantu mengendalikan kehendak pelabur, penganalisis, pengurus dana, media dan masyarakat keseluruhannya.

 

 

 

 

 

Sesungguhnya, saya yakin IR yang digunakan secara baik akan mampu meningkatkan kewibawaan dan sokongan kepada usaha pembentukan 'Jenama' Malaysia. Dalam hubungan ini, kerajaan, pengawal atur industri dan syarikat perlu bekerja sama untuk mempromosikan jenama Malaysia. Untuk itu, biar saya menggalakkan anda untuk menceritakan cerita anda. Ceritalah, cerita anda dan cerita mengenai Malaysia ke seluruh dunia. Ceritakan cerita itu dengan penuh rasa bangga dan bermaruah, dengan kebenaran dan ketelusan dan dengan penuh keindahan serta kemanusiaan.

 

 

 

 

 

Menerusi Invest Malaysia, saya pasti anda akan dapat rasa apa yang boleh ditawarkan jenama Malaysia. Anda sudah pasti akan bertemu dan mendengar daripada individu dan syarikat. Ini akan memberi peluang kepada anda untuk mengetahui secara mendalam peluang pelaburan yang mampu ditawarkan Malaysia. Selain itu, pada persidangan ini juga anda dapat bertukar fikiran dan mendapat maklum balas berharga. Pada pendapat saya, maklum balas boleh menjadi negatif atau positif, ia hanya membawa manfaat jika peserta dapat menerimanya dan menjadikan ia sesuatu yang membina. Kita biasanya berasa sukacita untuk mendapat maklum balas dan berharap akan terus menerima pandangan dan pendapat daripada anda dan juga daripada masyarakat pelabur keseluruhannya.

 

 

 

 

 

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, biar saya ulangi bahawa Malaysia kini terus meningkatkan kebergantungan kepada sektor swasta untuk memacu pertumbuhan ekonomi pada masa depan. Bagi memastikan usaha itu berjaya, satu mekanisme pasaran yang cekap dan berkesan adalah diperlukan meletakkan ia di atas landasan yang betul untuk menggerakkan modal, mempromosikan pembentukan modal dan memastikan modal yang diperuntukkan digunakan dengan cekap. Itu penyebab kenapa pembangunan modal pasaran domestik kekal tinggi dalam agenda kerajaan.

 

 

 

 

 

Usaha kita mewujudkan satu penyatuan dan secara beransur-ansur pula membatalkan kawal selia berkaitan pasaran modal domestik, berjaya membentuk satu pasaran yang kukuh dan mewujudkan pemain domestik yang mempunyai keupayaan pelbagai seperti mampu mempergunakan kemampuan mereka dalam skala ekonomi yang besar. Dalam menuju ke depan, lebih banyak inisiatif untuk mengurangkan kawal selia industri akan dilaksanakan bagi menyediakan peluang kepada pemain pasaran untuk memperkembangkan perniagaan mereka serta memantapkan mereka dengan kemahiran untuk terus bersaing dalam persaingan yang lebih hebat dalam pasaran antarabangsa. Dalam usaha serta inisiatif berterusan untuk membentuk semula landskap pasaran modal Malaysia bagi memenuhi cabaran masa depan selaras dengan usaha untuk mencapai matlamat dan memperluaskan ekonomi nasional, saya ingin mengumumkan beberapa perkara;

Pertama, Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti sudah pada peringkat akhir menyediakan rangka kerja untuk menubuhkan Bank Pelaburan Domestik. Rangka kerja itu akan merasionalkan kewujudan pasaran modal sedia ada yang bakal menawarkan produk dan perkhidmatan yang sama. Kewujudannya akan memberi lebih manfaat daripada sinergi pada skala ekonomi dan integrasi pada perniagaan masing-masing. Untuk memperoleh asas modal yang besar bagi menyokong program pembesaran perniagaan bagi memastikan tidak ada jurang peraturan dan syarat dan dengan itu, bank pelaburan perlu digabungkan menerusi Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti. Maklumat lanjut mengenai rangka kerja akan diumumkan Bank Negara esok.

Keduanya, broker sejagat yang memenuhi kriteria tertentu akan dibenarkan untuk mendapatkan perkhidmatan pasaran antara bank berkenaan. Pihak yang boleh menggunakan perkhidmatan ini adalah bergantung kepada syarat yang dikenakan Bank Negara bagi memastikan sistem kewangan itu stabil. Ketiga, syarikat pembrokeran saham yang memenuhi syarat sekurang-kurangnya bergabung satu campur satu akan dibenarkan, tetapi masih tertakluk kepada kriteria yang ditetapkan Suruhanjaya Sekuriti. Ini bagi memastikan ia memenuhi kehendak perkhidmatan penasihat korporat, termasuk penyerahan cadangan korporat kepada Suruhanjaya Sekuriti dan juga tertakluk kepada pembukaan cawangan bermula pada 2006 dan seterusnya.

Selain itu, satu lagi ukuran untuk mengukuhkan pembangunan pasaran modal domestik ialah dengan ciri-ciri antarabangsa melalui peningkatan penyertaan peserta antarabangsa dalam pasaran. Ukuran ini adalah sebahagian daripada pengumuman yang dibuat dalam ucapan Bajet 2005 September lalu. Izinkan saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan penghargaan kepada firma asing yang telah menghantar permohonan untuk memperoleh lesen bagi menubuhkan operasi pasaran modal tempatan.

Saya dengan itu berbesar hati untuk mengumumkan lima firma pembrokeran saham asing yang sudah diluluskan untuk beroperasi di Malaysia; C.L.S.A., Credit Siusse First Boston (CSFB), JP Morgan, Macquarie dan UBS. Saya juga ingin mengumumkan satu daripada syarikat pengurus dana asing telah diluluskan untuk beroperasi di Malaysia, Aberdeen Asset Management. Sesungguhnya, gabungan pasaran modal domestik kukuh yang bekerjasama rapat dengan penyertaan asing ini akan membantu menyediakan persekitaran yang kondusif, sekali gus merancakkan lagi pertumbuhan pasaran modal Malaysia. Saya penuh yakin keadaan ini akan meningkatkan lagi kedudukan pasaran antarabangsa dan memastikan pelanggan domestik mempunyai keupayaan mendapat khidmat dan produk bertaraf dunia.



Last updated : 27 May 2008
Print this page   Email

Page hits : 00004852
Click to decrease font size Click to reset font size Click to increase font size
 
 
 
< August 2010 >
A I S R K J S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31  
 
 
 
   
   
Do you agree with the proposal that people who borrow money from loans sharks should be prosecuted?
   
Please select your answer:  
Agree
Not Agree
   
   
RESULT
Klik untuk melayari laman web MSC Klik untuk melayari laman web Real Estate And Housing Developers' Association (REDHA) Klik untuk melayari laman web House Buyers Association (HBA)
Best viewed on Internet Explorer 6 or later and Mozilla Firefox 2.0 or later with resolution higher than 800 x 600 pixels in Window platform
:: Privacy Policy & Security :: Site Map ::  eHome Brosur
Copyright 2007 © Ministry Of Housing Local Government.
DISCLAIMER : The Government of Malaysia and Ministry of Housing and Local Government,Malaysia shall not be liable for any loss or damage cause by the usage of any information obtained from this website.